.::KHASIAT STRAWBERRY::.
1. Strawberry mampu mengurangkan kadar kolestrol dalam badan.
2. Strawberry dapat membantu melumpuhkan kerja
aktif kanser kerana asam ellagic yang
terkandung didalamnya.
3. Strawberry dapat meredakan gejala stroke.
4. Strawberry mengandungi zat anti alergi
dan anti radang.
5. Keperluan vitamin C orang dewasa perharinya
dapat dicukup oleh 8 buah strawberry (98 mg).
Keperluan serat juga sekaligus mampu dipenuhi.
6. Strawberry yang kaya vitamin C sangat bermanfaat
bagi pertumbuhan anak.
7. Strawberry yang hanya mengandungi sedikit gula
juga sesuai untuk diet bagi penghidap diabetes.
8. Strawberry yang dimakan secara teratur dapat
menghaluskan kulit dan membuat warna kulit
kelihatan lebih cerah dan bersih.
9. Strawberry dapat memutihkan atau membersihkan
permukaan gigi.
10. Strawberry juga berkhasiat mengurang kedutan
pada wajah.
11. Daun strawberry juga berkhasiat kerana
memiliki zat astringent. Tiga hingga empat
cangkir air hasil rebusan daun strawberry per
hari, dapat efektif menghentikan serangan diare.
sumber:berbagai sumber
.::PETUA ELAKKAN PERUT BUNCIT::.
salam sume...jumpa lagi. Kali ni nk share ngan u all tntag tips elakkan pewut muncit...macam aku..ooo,,tidk, xsanggup nk ngaku senarnye...hehehe...tips2 dibawah ni mungkin wajib diamalkan bg org mcm aku...waaaa...hehehe...moge2 pasni slim spt sedia kala...hahaha..;p
Bersarapan Dengan Yogurt
Dipercayai pengambilan yogurt yang rendah lemak ketika sarapan dapat membantu menghilangkan lemak pada perut. Dengan ini dapat mengawal perut buncit. Betul ke ni? mcm boleh amalkan pasni...okeh.
Jangan Gelojoh
Kunyah makanan dengan perlahan dan telan makanan apabila ia telah benar2 hancur. Apabila menelan makanan terlalu cepat udara yang tertahan dan ter sekat di dalam usus akan membentuk gas yang menyebabkan perut terasa penuh. Makanan yang tidak di kunyah dengan lumat susah untuk di hadamkan dan menyebabkan terhasilnya gas-gas yang membentuk perut buncit.
Kurangkan Garam
Pengambilan garam yang banyak di dalam diet harian akan menyebabkan berlakunya pertambahan sodium dalam badan. Ia juga melambatkan mekanisma dan memasksa air keluar dari sel badan anda dan meyebabkan perut terasa penuh dan perut mula mengembung kehadapan.
Minum Air
Sekiranya anda berasa perut anda kembung dipenuhi air kesan daripada penyimpanan air berlebihan, anda boleh mengurangi masalah itu dengan meminum lebih banyak air. Pengambilan air ini dapat mencairkan konsentrasi sodium dalam tubuh untuk melancarkan jumlah air yang keluar daripada tubuh. Selain itu ia juga dapat menjamin fungsi hempedu supaya aktif mengeluarkan bendasing dalam badan.
Pengambilan Serat Yang Tepat
Pengambilan serat dari buah buahan seperti pir dan epal yang mengandungi banyak air dipercayai dapat mengimbangi penyimpanan air yang boleh menyebabkan pengembungan pada perut.